Tentang
DARIPADA PRINSIP ASAS
KEPADA PELAKSANAAN
From Principles to Implementation
Program AI DAY Pendidikan Tinggi 2025 adalah kesinambungan Program ITLEAD Siri 1 yang telah diadakan pada penghujung tahun 2023. Ia bertujuan mempersiapkan pasukan ICT dengan teknologi kepintaran buatan (AI) agar teknologi yang ada di setiap agensi selari dan menyahut seruan Kerajaan Digital sebagaimana yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam Program Pelancaran Malaysia AI Nexus pada 9 Mei 2024.
Program akan diadakan selama 2 hari secara bersemuka melibatkan 250 peserta terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) termasuklah Universiti Awam, Universiti Swasta, Jabatan Politeknik & Kolej Komuniti (JPKK), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Matlamat AI Day adalah bagi memastikan pasukan profesional ICT di institusi pengajian tinggi bersedia dan mampu mengadaptasi dan membangunkan inovasi berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ini hanya dapat dilakukan dengan merapatkan jurang antara prinsip teori AI dan pelaksanaan praktikal dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menyepadukan penyelesaian AI dengan berkesan dalam ekosistem pendidikan tinggi melalui sokongan pihak industri.

TARIKH & TEMPAT
- 26 & 27 Februari 2025
-
Tenera Hotel Bandar Baru Bangi,
Selangor
SKOP
Server
/ storan
Rangkaian
Keselamatan
Siber
Sistem
Aplikasi
Teknologi
Pengajaran


